Mr. and Mrs Followers

Ads

Monday, April 15, 2013

HARI INI DALAM SEJARAH 15 APRIL

PENUBUHAN MAAHAD IL IHYA ASSYARIFF
 Pada  hari  ini  dalam  tahun  1934,  Maahad Il Ihya Assyariff telah ditubuhkan di Gunung  Semanggol, Perak.  Ianya  telah  ditubuhkan  oleh tokoh ulama yang tidak asing lagi iaitu Abu Bakar Said atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Penubuhan madrasah ini telah dilakukan secara berkerjasama dengan  tunggak  Fi Sabililah  Ianya sejajar dengan perkembangan “Islah” Islam yang meresapi para pelajar madrasah-madrasah pada ketika itu.  Kaum Islah atau lebih dikenali sebagai Kaum Muda ini telah berusaha mendirikan madrasah-madrasah untuk menyalurkan fahaman yang diperkembangkan dari Timur Tengah. Sekolah ini diberi kebebasan untuk bergerak cergas dalam kegiatan ko-kurikulum yang kemudiaanya telah memberi tapak kepada penubuhan Kesatuan Muda Melayu menjelang Perang Dunia Kedua.  Gerakan golongan ini telah dianggap sebagai pelopor dalam pendidikan Melayu dan perjuangan Kebangsaan.  Il Ihya telah turut serta dalam memperjuangkan soal politik, agama dan ekonomi. Antara badan yang pernah ditubuhkan disini ialah Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEREMAS), Majlis Agama Tertinggi (MATA), Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) dan Hizbul Muslimin. Sesungguhnya penubuhan madrasah ini telah menyediakan pendidikan kepada anak-anak Melayu yang mendorong kepada timbulnya kesedaran serta semangat untuk menentang penjajahan bagi menuntut  kemerdekaan kepada tanahair.



PENGISYTIHARAN MELAKA SEBAGAI BANDARAYA BERSEJARAH

Perkembangan sejarah negara ini tidak dapat dipisahkan daripada sejarah Melaka. Melaka dalam sejarah negara ini, memulakan episod Kesultanan Melaka yang telah mengharumkan nama Tanah Melayu ke merata dunia.  Sebagai pusat perkembangan sejarah negara ini, pada hari ini 15.4.1989 Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah.Pengisytiharan telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Abdul Ghafar Baba. Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah ini berkaitan dengan sejarah Melaka yang lepas. Melaka merupakan tapak permulaan Kerajaan Melayu. Ianya juga merupakan Kota Pelabuhan antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia. Diharap dengan pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah ini, akan dapat menarik lagi kedatangan pelancong ke negeri Melaka, yang mempunyai banyak tempat yang menarik dikunjungi terutama yang ada  kaitan dengan sejarah negara pada Zaman Kesultanan Melaka.






KEMATIAN YAP AH LOY
Pada hari ini 15.4.1885, Yap Ah Loy yang dikenali sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur telah meninggal dunia kerana serangan bronkitis dan sakit paru-paru.  Beliau yang datang dari Wilayah Kwangtung. Selatan China telah mendarat di Melaka pada tahun 1854. Pada tahun 1860, beliau yang telah menjadi ketua orang-orang Cina di Sungai Ujong dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1862 sebagai orang kanan Lin Ngim Kong, Kapitan Cina pada masa itu.  Pada Ogos 1868, Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina, Kuala Lumpur setelah Lin Ngim Kong meninggal dunia. Yap Ah Loy secara rasmi dilantik sebagai Kapitan Cina pada tahun 1869 oleh Raja Mahdi, Pemerintah Klang dengan persetujuan Sultan. Beliau telah membangunkan Kuala Lumpur dengan perlombongan dan perniagaan dan berjaya menarik perhatian British untuk memindahkan ibu kota Selangor dari Klang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880. Yap Ah Loy pernah dianugerahkan gelaran Indra Perkasa Wijaya Bakti oleh Sultan Selangor. Kematian beliau pada hari ini dalam tahun 1885 ketika berusia 48 tahun sangat dirasai oleh penduduk Kuala Lumpur.  Jabatan Kerajaan di seluruh Selangor telah ditutup sebagai tanda penghormatan kepada beliau.



No comments:

Post a Comment