Mr. and Mrs Followers

Ads

Wednesday, April 17, 2013

UNKNOWN FACT ABOUT REAL MADRID





Real madrid players are
nicknamed by their
teammates :) :)
José Mourinho is known as The
Special One, Mou, Mister. Most of
Real Madrid player calls him Mou
or Mister..
The most loved (and hated) player
of world : Cristiano Ronaldo's
nickname inside the locker rooms
is “Máquina” (“Machine”), just like
if he was an engineering piece of
art, that spills talent, power and
ambition. He is also known as Cris,
Ronie, Ron, CR7..
Di Maria is “Angelito”, which is
related to his first name being
“Angel”. Also kown as ‘Fideo’
Özil was given the nickname
“Nemo”, because of his bulging
eyes. Another funny thing
revealed, was that Ozil teammates
often joke with him by saying he
has such a great vison when
playing, just because of his big
eyes. He’s also known as Cuervo,
Bambi, German Zidane, Búho,
Nuevo Diego, Mozart, Mago de Öz,
Homerito,1Özil
Kaká is simply known as “Ricky”
or ”Kaka”, which is also a
diminutive for his first name
Ricardo, but Madrid players just
can’t stop from giving him more
nicknames such as ‘The Golden
Kid’.
Ramos & Marcelo has given
Callejon the nickname ‘Vanilla Ice’.
So if you are watching Real
Madrid traning and heard
someone yelling ‘Vanilla Ice’ just
know it Callejon..
Altintop is known as Genio turco-
alemán, Todocampista, Altin-Top.
Raphaël Varane is known as
‘Rafa’, ‘Hierro junior’, ‘Giraffa’,
‘Varonil’. Most of Real Madrid
players calls him ‘Rafa’ or ‘Giraffa’.
Khedira’s nickname is “Sadi”,
which is precisely his first name .
Xabi Alonso is called “Señor” or ‘El
Maestro’, which means “Sir” or
‘Teacher’ in English and is due to
his noble stance everywhere he
goes
Fábio Coentrão will now be
known as the ‘El Fumador or ’ El



Cigarrillo’, which means ‘The
smoker’ or ’ The Cigarette’
Arbeloa is the “Robocop”,
because he spends too much time
in the gym so that he can be like
Ronaldo (Wanna be Ronaldo).
Ricardo Carvalho is the
“Abuelo” (“Grandfather”) of the
team, even though he isn’t that
old (33 years old).
Marcelo has one nickname and it’s
“El Loco” which means ‘The Crazy’
in english.
Pepe is called “Pepinho” in the
locker room. He is also known as
anti-Messi
Sergio Ramos nickname is
“Cuqui”, which has origins on the
famous cookies, but he is also
known as El Comanche, Carapony,
El Tarzán de Camas, Rambo, Lobo
(Wolf).
Iker Casillas has a couple
nicknames like El galáctico de
Móstoles or San Iker. He is known
as “Capi” but there are also a few
who call him “Culote”..
Adebayor was the latest to arrive
to Real Madrid but he already
collects nicknames inside the
locker room. It's from public
domain that Sergio Ramos like to
call him "Manolito", but he's also
known as the "Avatar" or
"Adenabor"




Tuesday, April 16, 2013

AILUROPHOBIA ! PELIK TAPI BENAR




{TAHUKAH ANDA?} Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.
, seperti di dalam gambar.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.
Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.
Aneh bukan?Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.Aneh bukan?

Monday, April 15, 2013

KENALI KERETA KEBAL ADNAN






JOM Kenali "ADNAN" Kereta Perisai Milik Kita


Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia terutama mereka yang berpeluang berkhidmat mengendalikannya. Kor Amor DiRaja diamanahkan menggunakan kenderaan ACV-300S Adnan yang dilesenkan pengeluarannya oleh FNSS dan dipasang oleh Deftech di Pekan.

Sejarah ACV-300S Adnan

ACV-300 asalnya dibangunkan oleh FNSS bagi memenuhi kehendak angkatan tentera Turki. Unit pertama dikeluarkan pada tahun 1992. Model asas ini dilengkapi dengan turet krew tunggal, senjata meriam penembak 25mm dan mesingun 7.62mm co-axial. Pembangunan model terbaru dari FNSS Defense Systems dengan menambah jumlah roda pemutar. Pertambahan ini membantu meningkatkan jumlah bebanan yang dibawa dengan jarak yang lebih jauh.

Kenderaan ini adalah amphibi sepenuhnya. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan perlindungan dari nuklear, biologi dan kimia NBC, alat visual malam pasif dan pelancar bom asap. Sebanyak 1,698 (tambahan 665 unit) telah dimiliki oleh Turki dan Emiriyah Arab Bersatu telah menerima sebanyak 136 unit. Malaysia pula telah memesan dan menerima sebanyak 211 unit (tambahan 48 unit) ACV-300 dalam pelbagai versi.

Versi ACV-300 Malaysia dibangun dan dihasilkan melalui kerjasama antara FNSS dan Syarikat DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech) milik syarikat tempatan. ACV-300 versi Malaysia dinamakan sebagai Adnan, bersempena Adnan bin Saidi, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan yang terlibat dalam Pertempuran Singapura semasa Perang Dunia II. Semua kelainan dikilangkan di Pekan, Pahang.

ACV-300 boleh dipasang dengan pelbagai jenis Turet berdasarkan kehendak pembeli. Juga dilengkapi dengan ruang khas membolehkan pasukan infantri menembak tanpa perlu keluar dari kenderaan.

ACV-300 Adnan juga dilengkapi dengan sistem panduan RVH TacNav GPS, alat amaran leser LWD Avimo, penembak grenet Wegmann 76mm, sistem tapisan NBC dan sistem penglihatan malam SNVVS-2.

- SUMBER












LEFTENAN ADNAN & HARI VALENTINE 14 FEBRUARI




LEFTENAN ADNAN DAN HARI KEKASIH 14 FEBRUARI

Dalam keghairahan masyarakat terutamanya generasi muda pada hari ini menyambut tarikh 14 Februari sebagai Valentine Day atau hari memperingati kekasih, kita lupa pada tarikh itu juga mencatatkan satu peristiwa penting yang perlu diingati untuk membangkitkan semangat cinta dan kasihkan negara.

Tarikh 14 Februari menyaksikan satu tragedi, satu pengorbanan dan satu perjuangan seorang anak Melayu, yang tidak pernah merasa gentar berdepan dengan maut demi mempertahankan tanah melayu dari penaklukan tentera Jepun.

Walaupun tewas namun perjuangan beliau tidak pernah ada noktahnya dan semangat itu terus membara bersama-sama pahlawan dan para perjuang tanah air yang lain sehingga ke hari ini.

Mungkin ramai generasi muda hari ini masih tidak mengenali tokoh pejuang ini, Lt. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam sebuah keluarga berketurunan Minangkabau kelahiran Sungai Ramal, Kajang, Selangor dilahirkan pada 1915.

Adnan mendapat pendidikan awal di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris dan merupakan seorang pelajar yang pintar dan berdedikasi.

Setelah tamat persekolahan beliau memulakan karier sebagai guru pelatih selama setahun sebelum memutuskan untuk menyertai tentera pada 1933 ketika berusia 18 tahun.

Beliau merupakan salah seorang daripada 25 anak Melayu pertama yang dipilih untuk menyertai pasukan Askar Melayu dan berjaya menamatkan latihan serta terpilih sebagai rekrut terbaik.

Pada 1936, beliau dinaikkan ke pangkat Sarjan dan setahun kemudian Lt. Adnan terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI.

Tidak lama selepas itu, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus beliau dinaikkan ke Pangkat Leftenan Muda dan dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .

Lt. Adnan berkahwin dengan seorang guru di kampungnya, Sophia Pakih Muda serta dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan yang meninggal tidak lama setelah kejatuhan Singapura.

Pada 1941, Lt. Adnan membawa keluarganya tinggal di Pasir Panjang dan ketika berita pihak Jepun bersedia menyerang Singapura, beliau membawa keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang dan pada ketika itu isterinya sedang mengandungkan anak yang ketiga. Itulah kali terakhir Lt. Adnan bersama keluarganya sebelum beliau menemui ajal di tangan Jepun.

Pertempuran Bukit Candu

PERTEMPURAN Bukit Candu (14 Februari 1942) merupakan salah satu pertempuran hebat yang merupakan lanjutan kepada pertempuran Pasir Panjang, berlaku sehari sebelumnya.

Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut dan merupakan garisan pertahanan terakhir Tanah Melayu dari serangan Jepun ketika itu.

Bukit Candu merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik iaitu ia boleh melihat bahagian utara Singapura dengan lebih jelas dan merupakan laluan langsung ke kawasan Alexandra yang mana terdapatnya depot bekalan peluru dan gudang utama bekalan makanan, hospital tentera dan kemudahan-kemudahan lain Tentera British. Justeru, lokasi ini perlu dipertahankan dengan sebaik mungkin.

Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi melancarkan serangan ke pesisiran Selatan Singapura iaitu Pematang Pasir Panjang.

Lokasi tersebut dibedil dengan mortar dan meriam dengan hebatnya, namun Kompeni 'C' dan Lt. Adnan yang ditempatkan di perkampungan Pasir Panjang membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi yang dikenali sebagai 'Celah' (Gap) telah memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Jepun beralah dan berundur walaupun Pasukan Jepun di bawah Major Kimura mempunyai bilangan anggota yang jauh lebih ramai.

Pada tengah malam hari yang sama, 'C' Coy dengan kekuatan 42 orang terdiri daripada gabungan sebahagian anggota Rejimen Askar Melayu, Rejimen ke-2 Tentera British dan Briged India ke-44, diperintahkan untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu.


Setelah memilih lokasi yang sesuai untuk pertahanan, Lt. Adnan memerintahkan anggotanya memperkukuhkan benteng pertahanan dengan beg pasir di sekeliling kawasan tersebut. Pada petang 14 Februari, pihak Jepun mengatur strategi menggunakan helah dengan menyamar sebagai "Tentera Punjabi", British-Indian Army.

Bagaimanapun Lt. Adnan dapat menyedari helah tersebut apabila perasan sesuatu tidak kena dengan tentera berturban yang mara itu, bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British.

Menyedari helah itu, Lt. Adnan membiarkan tentera Jepun tersebut menghampiri garisan pertahanan sebelum beliau dan anak buahnya melepaskan tembakan daripada mesingan Lewis dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat serta tentera Jepun sekali lagi terpaksa berundur dari Pertahanan Bukit Candu. Dua jam kemudian tentera Jepun melancarkan serangan balas besar-besaran dalam bilangan yang lebih besar.

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu dengan melibatkan pelbagai jenis senjata seperti granet, bayonet dan parang turut digunakan untuk menghalang askar Jepun daripada menguasai kedudukan tersebut namun bilangan tentera musuh yang ramai tidak mampu dilawan oleh Lt. Adnan dan pasukannya.

Pertempuran yang berlangsung selama 48 jam itu menyebabkan ramai jiwa Askar Melayu terkorban dan tidak kurangnya yang cedera. Namun bagi Lt. Adnan, yang juga cedera parah ketika itu serangan hebat Jepun tidak mampu melunturkan semangatnya.

"Biar Berputih Tulang, Jangan Berputih Mata", kata-kata inilah yang membakar dan terus menyemarakkan lagi semangat juangnya dan rakan-rakan yang lain agar tidak gentar menghadapi Jepun demi mempertahankan Tanah Melayu sehingga titisan darah yang terakhir.

Namun Lt. Adnan tewas akhirnya kerana tidak mampu menandingi bilangan Tentera Jepun yang ramai. Bukit Candu akhirnya ditawan Jepun dan beliau sendiri menemui ajal setelah diikat dan digantung di sebatang pokok, lalu ditikam berkali-kali dengan bayonet Jepun.

Mayat beliau dilarang diturunkan daripada pokok tersebut sebagai peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang cuba menentang Jepun akan turut menerima nasib yang sama.

Kematian Lt. Adnan merupakan episod perjuangan seorang anak Melayu yang berjiwa cekal dan kental mempertahankan tanah air tercinta. Semangat dan pengorbanan beliau perlu dikenang dan disemai dalam setiap generasi muda hari ini dengan menjadikan 14 Februari tarikh untuk dikenang, gugurnya seorang pahlawan dan pejuang negara.

Lt. Adnan turut dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Negeri Selangor oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2001 yang membawa gelaran Datuk.

"Biar putih tulang, jangan putih mata," jadi pengajaran

SESUNGGUHNYA keberanian Lt. Adnan dan rakan-rakan yang bertempur bermati-matian merupakan episod yang kekal dalam lipatan sejarah.

Apakah perjuangan dan pengorbanan Lt Datuk Adnan menggadaikan nyawanya dalam usia 27 berbaloi? Masih adakah anak bangsa pada hari ini yang mahu mengikut jejak langkahnya yang sanggup berputih tulang daripada berputih mata? Pastinya jika Lt. Adnan dapat melihat Malaysia pada hari ini yang begitu makmur dan pesat membangun, Allahyarham pasti tidak menyesal mempertahankan negara ini dengan darah dan nyawanya.

Keberanian Lt. Adnan turut diakui oleh General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya. Beliau mengatakan "Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun".

Iktibar dan pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah keberanian Lt. Adnan adalah semangat cintakan negara hendaklah dengan sepenuh hati di kalangan seluruh rakyat tidak kira bangsa dan agama. Jika seluruh perajurit negara dan rakyat Malaysia mempunyai semangat seperti beliau pastinya negara ini tidak mudah dijajah atau ditewaskan oleh musuh negara.

Rakyat Malaysia akan lebih bertanggungjawab dan tidak sesekali menggadaikan maruah dan bangsa demi kepentingan material dan diri sendiri serta tidak akan sanggup memperjudikan nasib negara untuk perjuangan yang tidak jelas dan merugikan.

Kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda, mereka perlu didedahkan dengan kekuatan sejarah agar tidak sesekali alpa dengan kemakmuran yang dikecapi hari ini.

Mereka perlu disedarkan agar tidak sesekali terjerat dengan helah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menghuru harakan negara demi kepentingan pihak tertentu.

Mereka harus menjadikan semangat Lt. Adnan sebagai pemangkin kepada perpaduan serta sayang dan cintakan negara.

Seluruh rakyat Malaysia harus bersatu demi mengekalkan keharmonian dan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air. Terima kasih kepada para pahlawan dahulu yang telah berjuang bermati-matian untuk mempertahankan negara ini.

Sama ada nama mereka tercatat atau tidak dalam lipatan sejarah, jasa mereka pasti tidak akan dipersia-siakan. Sesukar manapun pengorbanan mencapai kemerdekaan, lebih sukar lagi tanggungjawab untuk mempertahankan sebuah negara yang merdeka.

Pada tanggal ini, 14 Februari, akan diangkat sebagai tarikh memperingati gugurnya pejuang tanah air, Lt. Adnan dan marilah bersama-sama kita menghadiahkan sekalung doa buat insan-insan yang selama ini berjuang bagi memastikan Malaysia bebas, aman dan merdeka, Al-Fatihah.




SUMBER : VAT 69 - PERJUANGAN SEMALAM

HARI INI DALAM SEJARAH 15 APRIL

PENUBUHAN MAAHAD IL IHYA ASSYARIFF
 Pada  hari  ini  dalam  tahun  1934,  Maahad Il Ihya Assyariff telah ditubuhkan di Gunung  Semanggol, Perak.  Ianya  telah  ditubuhkan  oleh tokoh ulama yang tidak asing lagi iaitu Abu Bakar Said atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Penubuhan madrasah ini telah dilakukan secara berkerjasama dengan  tunggak  Fi Sabililah  Ianya sejajar dengan perkembangan “Islah” Islam yang meresapi para pelajar madrasah-madrasah pada ketika itu.  Kaum Islah atau lebih dikenali sebagai Kaum Muda ini telah berusaha mendirikan madrasah-madrasah untuk menyalurkan fahaman yang diperkembangkan dari Timur Tengah. Sekolah ini diberi kebebasan untuk bergerak cergas dalam kegiatan ko-kurikulum yang kemudiaanya telah memberi tapak kepada penubuhan Kesatuan Muda Melayu menjelang Perang Dunia Kedua.  Gerakan golongan ini telah dianggap sebagai pelopor dalam pendidikan Melayu dan perjuangan Kebangsaan.  Il Ihya telah turut serta dalam memperjuangkan soal politik, agama dan ekonomi. Antara badan yang pernah ditubuhkan disini ialah Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEREMAS), Majlis Agama Tertinggi (MATA), Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) dan Hizbul Muslimin. Sesungguhnya penubuhan madrasah ini telah menyediakan pendidikan kepada anak-anak Melayu yang mendorong kepada timbulnya kesedaran serta semangat untuk menentang penjajahan bagi menuntut  kemerdekaan kepada tanahair.



PENGISYTIHARAN MELAKA SEBAGAI BANDARAYA BERSEJARAH

Perkembangan sejarah negara ini tidak dapat dipisahkan daripada sejarah Melaka. Melaka dalam sejarah negara ini, memulakan episod Kesultanan Melaka yang telah mengharumkan nama Tanah Melayu ke merata dunia.  Sebagai pusat perkembangan sejarah negara ini, pada hari ini 15.4.1989 Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah.Pengisytiharan telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Abdul Ghafar Baba. Pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah ini berkaitan dengan sejarah Melaka yang lepas. Melaka merupakan tapak permulaan Kerajaan Melayu. Ianya juga merupakan Kota Pelabuhan antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia. Diharap dengan pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah ini, akan dapat menarik lagi kedatangan pelancong ke negeri Melaka, yang mempunyai banyak tempat yang menarik dikunjungi terutama yang ada  kaitan dengan sejarah negara pada Zaman Kesultanan Melaka.






KEMATIAN YAP AH LOY
Pada hari ini 15.4.1885, Yap Ah Loy yang dikenali sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur telah meninggal dunia kerana serangan bronkitis dan sakit paru-paru.  Beliau yang datang dari Wilayah Kwangtung. Selatan China telah mendarat di Melaka pada tahun 1854. Pada tahun 1860, beliau yang telah menjadi ketua orang-orang Cina di Sungai Ujong dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1862 sebagai orang kanan Lin Ngim Kong, Kapitan Cina pada masa itu.  Pada Ogos 1868, Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina, Kuala Lumpur setelah Lin Ngim Kong meninggal dunia. Yap Ah Loy secara rasmi dilantik sebagai Kapitan Cina pada tahun 1869 oleh Raja Mahdi, Pemerintah Klang dengan persetujuan Sultan. Beliau telah membangunkan Kuala Lumpur dengan perlombongan dan perniagaan dan berjaya menarik perhatian British untuk memindahkan ibu kota Selangor dari Klang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880. Yap Ah Loy pernah dianugerahkan gelaran Indra Perkasa Wijaya Bakti oleh Sultan Selangor. Kematian beliau pada hari ini dalam tahun 1885 ketika berusia 48 tahun sangat dirasai oleh penduduk Kuala Lumpur.  Jabatan Kerajaan di seluruh Selangor telah ditutup sebagai tanda penghormatan kepada beliau.



PICTURE OF THE DAY !


NEW MALAYSIA. MAYBE ?


Saturday, April 13, 2013

SENOI PRAAQ : A LIVING LEGEND

Senoi Praaq

Senoi Praaq yang bererti Pejuang merupakan Pasukan Polis Hutan (PPH), sekarang PGA yang sebilangan besarnya terdiri daripada Orang Asli. Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan bertindak sebagai unit bebas dan berkhidmat di kawasan perkampungan Orang Asli di pedalaman.

Pasukan Senoi Praaq merupakan satu pasukan yang paling dihormati kerana kepakaran mereka menjejak pengganas komunis semasa darurat dahulu. Oleh kerana kecemerlangan pasukan ini membantu pasukan keselamatan menentang komunis pada masa darurat, maka pada tahun 1968 pasukan ini digabungkan dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai Batalion 10 berpengkalan di Kem Keroh, dan Batalion 20 berpengkalan di Kem Bidor, Perak.

Pada masa ini kedua-dua Batalion ini mempunyai 2,000 orang anggota yang terdiri dari pelbagai pangkat.

Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli sebelum dan selepas kemerdekaan. Mereka juga adalah pejuang yang turut serta membantu pihak British menentang komunis malah dianggap lagenda kerana kepakaran mengesan dan memburu pengganas komunis (PKM) sehingga jauh ke dalam hutan-hutan tebal sempadan hingga ke sempadan Thailand. Senoi Praaq pada asalnya adalah ilham seorang mentor British bernama Tuan Noone atau R.O.D.Noone.

Senoi Praaq bermaksud "Orang Perang" dalam bahasa Semai (suku orang asli). Ketika tarikh keramat 31 Ogos 1957 semakin hampir pihak British terdesak mahu menubuhkan sebuah pasukan askar yang dapat membantu kerajaan yang baru ditubuhkan menjaga keamanan dan mengekang pengaruh komunis.Tuan Noone telah berjumpa dengan Sir Gerald Templer, pemerintah tentera Bristish Tanah Melayu ketika itu mengenai penubuhan Senoi Praaq,cabang pasukan bersenjata di bahawa Jabatan Orang Asli.Lewat tahun 1956 tertubuhlah pasukan ini yang dinamakan Senoi Praaq.

Bermula dengan 2 unit dan 10 orang setiap unit hasil dari penangkapan beberapa pemuda orang asli yang menyertai komunis di bawah operasi Surrendered Enemy Personnel(SEP) yang kemudiannya berkembang menjadi 3 unit. Menjelang tahun 1957 unit ini telah berkembang menjadi 2 skuadron dan setiap skuadron dianggotai dengan 80 orang pemuda orang asli dari perlbagai suku.




Seorang veteran pernah bercerita bahawa beliau juga adalah seorang bekas komunis yang ditangkap di sekitar sempadan Jelebu, N.Sembilan dan Pahang. Dibicara di depan OCPD British di Kuala Klawang, Jelebu,N.Sembilan dan kemudiannya dibebaskan. Tidak lama kemudian dia juga dipanggil untuk berkhidmat dengan kerajaan British sebagai anggota Senoi Praaq. Operasi Senoi Praaq ketika itu berpusat di Batu 12,Gombak,Selangor. Kemudian mereka berpindah ke Jalan Maxwell yang dikenali dengan Camp Lamjung ,asalnya sebuah kem peninggalan askar Gurkha (99th Briged).




Penubuhan Senoi Praaq telah memberi tamparan hebat kepada pengganas komunis.Kepakaran orang asli menjejaki binatang-binatang hutan telah membantu mereka mengesan musuh dengan amat tepat sekali.Bau,rasa,jejak,tanda-tanda persekitaran,bunyi binatang dan unggas rimba malah mimpi-mimpi juga adalah antara isyarat operasi. Biasanya apabila suatu kawasan itu dipercayai ada musuh, Senoi Praaq akan ditugaskan masuk mengesan dulu. Apabila maklumat telah diperolehi tentang anggaran berapa ramai, keadaan bukit dan anak air, jalan jalan yang memungkinkan pengganas komunis melarikan diri barulah pihak tentera akan membuat perancangan serangan.





Sebenarnya kisah Senoi Praaq tidak pernah dibukukan di dalam Malaysia. Namun perjuangan mereka boleh dianggap lagenda kerana pengganas komunis amat takut dengan unit ini disebabkan skil mereka memburu dan mengesan musuh di hutan.Tidak hairanlah pada peringkat awal serangan gerila komunis dulu mereka berjaya mempengaruhi anak-anak muda orang asli untuk dijadikan sebahagian dari mereka guna membantu mereka meloloskan diri dari serbuan tentera.




Nota: Artikel ini diambil dari beberapa sumber.

VAT 69 - PERJUANGAN SEMALAM

THE GREATEST SPEECH EVER !




I’m sorry but I don’t want to be an emperor. That’s not my business. I don’t want to rule or conquer anyone. I should like to help everyone if possible; Jew, Gentile, black men, white. We all want to help one another. Human beings are like that. We want to live by each others’ happiness, not by each other’s misery. We don’t want to hate and despise one another. In this world there is room for everyone. And the good earth is rich and can provide for everyone. The way of life can be free and beautiful, but we have lost the way.
Greed has poisoned men’s souls; has barricaded the world with hate; has goose-stepped us into misery and bloodshed. We have developed speed, but we have shut ourselves in. Machinery that gives abundance has left us in want. Our knowledge as made us cynical; our cleverness, hard and unkind. We think too much and feel too little. More than machinery we need humanity. More than cleverness, we need kindness and gentleness. Without these qualities, life will be violent and all will be lost. The aeroplane and the radio have brought us closer together. The very nature of these inventions cries out for the goodness in man; cries out for universal brotherhood; for the unity of us all.
Even now my voice is reaching millions throughout the world, millions of despairing men, women, and little children, victims of a system that makes men torture and imprison innocent people. To those who can hear me, I say “Do not despair.” The misery that is now upon us is but the passing of greed, the bitterness of men who fear the way of human progress. The hate of men will pass, and dictators die, and the power they took from the people will return to the people. And so long as men die, liberty will never perish.
Soldiers! Don’t give yourselves to brutes, men who despise you and enslave you; who regiment your lives, tell you what to do, what to think and what to feel! Who drill you, diet you, treat you like cattle, use you as cannon fodder! Don’t give yourselves to these unnatural men—machine men with machine minds and machine hearts! You are not machines! You are not cattle! You are men! You have a love of humanity in your hearts! You don’t hate! Only the unloved hate; the unloved and the unnatural.
Soldiers! Don’t fight for slavery! Fight for liberty! In the seventeenth chapter of St. Luke, it’s written “the kingdom of God is within man”, not one man nor a group of men, but in all men! In you! You, the people, have the power, the power to create machines, the power to create happiness! You, the people, have the power to make this life free and beautiful, to make this life a wonderful adventure. Then in the name of democracy, let us use that power.
Let us all unite. Let us fight for a new world, a decent world that will give men a chance to work, that will give youth a future and old age a security. By the promise of these things, brutes have risen to power. But they lie! They do not fulfill their promise. They never will! Dictators free themselves but they enslave the people! Now let us fight to fulfill that promise! Let us fight to free the world! To do away with national barriers! To do away with greed, with hate and intolerance! Let us fight for a world of reason, a world where science and progress will lead to all men’s happiness.
Soldiers, in the name of democracy, let us all unite!

ITS JUST NOT ONLY A WORD.ITS VIEW OF PERSPECTIVE




[V For Vendetta
Written By Andy Wachowski & Larry Wachowski, From Characters Created By Alan Moore & David Lloyd]
 

Good evening, London. Allow me first to apologize for this interruption. I do, like many of you, appreciate the comforts of every day routine- the security of the familiar, the tranquility of repetition. I enjoy them as much as any bloke.
But in the spirit of commemoration, thereby those important events of the past usually associated with someone’s death or the end of some awful bloody struggle, a celebration of a nice holiday, I thought we could mark this November the 5th, a day that is sadly no longer remembered, by taking some time out of our daily lives to sit down and have a little chat.
There are of course those who do not want us to speak. I suspect even now, orders are being shouted into telephones, and men with guns will soon be on their way. Why? Because while the truncheon may be used in lieu of conversation, words will always retain their power. Words offer the means to meaning, and for those who will listen, the enunciation of truth. And the truth is, there is something terribly wrong with this country, isn’t there? Cruelty and injustice, intolerance and oppression. And where once you had the freedom to object, to think and speak as you saw fit, you now have censors and systems of surveillance coercing your conformity and soliciting your submission.
How did this happen?
Who’s to blame?
Well certainly there are those more responsible than others, and they will be held accountable, but again truth be told, if you’re looking for the guilty, you need only look into a mirror. I know why you did it. I know you were afraid. Who wouldn’t be? War, terror, disease. There were a myriad of problems which conspired to corrupt your reason and rob you of your common sense. Fear got the best of you, and in your panic you turned to the now high chancellor, Adam Sutler.
He promised you order, he promised you peace, and all he demanded in return was your silent, obedient consent.
Last night I sought to end that silence. Last night I destroyed the Old Bailey, to remind this country of what it has forgotten. More than four hundred years ago a great citizen wished to embed the fifth of November forever in our memory. His hope was to remind the world that fairness, justice, and freedom are more than words, they are perspectives.
So if you’ve seen nothing, if the crimes of this government remain unknown to you then I would suggest you allow the fifth of November to pass unmarked. But if you see what I see, if you feel as I feel, and if you would seek as I seek, then I ask you to stand beside me one year from tonight, outside the gates of Parliament, and together we shall give them a fifth of November that shall never, ever be forgot.
V For Vendetta – Speech. There are of course those who do not want us to speak. I suspect even now, orders are being shouted into telephones, and men with guns will soon be on their way. Why? Because while the truncheon may be used in lieu of conversation, words will always retain their power. Complete Full Transcript, Dialogue, Remarks, Saying, Quotes, Words And Text.

MACAM KAPAL SELAM LA MIE....


kalau tak boleh nak menyelam, naik ke darat....buat reban....

OPS DAULAT : PENGGANAS DITAHAN KETIKA MERAYU DAPATKAN MAKANAN DENGAN PENDUDUK





OPS DAULAT : PENGGANAS DITAHAN KETIKA MERAYU DAPATKAN MAKANAN DENGAN PENDUDUK

"Dua hari lepas seorang pengganas tiba-tiba masuk ke sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu untuk meminta makanan. Sementara ibu bapa memasak makanan, anak pasangan itu keluar memaklumkan perkara tersebut kepada anggota tentera kita - PAT

"Serta-merta lelaki itu ditangkap dalam keadaan amat lemah sehingga menggigil akibat kekurangan makanan. Justeru tiada apa lagi perlu dirisaukan dan saya yakin proses pilihan raya tidak lama lagi akan berjalan lancar," katanya.

Tiada apa lagi yang perlu dirisaukan mengenai situasi keselamatan di zon merah Operasi Daulat kerana keadaan musuh ketika ini cukup lemah dan tertekan selain jumlah mereka dianggarkan tidak sampai 10 orang.

Panglima Angkatan Tentera, Panglima Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md. Zin berkata, kerjasama penduduk kampung yang pantas memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka terserempak dengan saki-baki pengganas tersebut turut memudahkan pergerakan mereka diawasi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan di sekitar Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian bagi merangsang semangat anak buahnya yang terlibat dalam operasi tersebut.

Menurut Zulkifeli, rata-rata anggota pasukan keselamatan masih bersemangat dan ceria meskipun ada antara mereka sudah hampir dua bulan berada di kawasan operasi termasuk di ladang kelapa sawit dan hutan.

"Sekarang kita telah memasuki fasa ketiga iaitu menstabilkan keadaan. Disebabkan itu, saya telah bercakap kepada pegawai memerintah yang terlibat supaya lebih kerap membuat penggiliran di barisan hadapan bagi membolehkan anggota ini berehat.

"Sebagai contoh, apabila mereka sudah dua minggu berada di kawasan operasi, mereka diberi rehat dua hari untuk 'bercuti' dengan tinggal di Bandar Cenderawasih yang terletak berhampiran," katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata, pihaknya tidak keberatan untuk menghulurkan bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membantu melicinkan proses pembuangan undi di kawasan operasi sekiranya diminta.

"Sebagai contoh, jika mereka mahu kami membantu membawa pengundi ke pusat pengundian, kami tiada masalah," ujarnya

THE MOST EXPENSIVE IPHONE CASING



Just in time for Christmas!  Yes, you can have this solid gold, diamond encrusted case for your iPhone for just over 3 Million bucks!  Can you see all the diamonds around the front…that is 136 flawless diamonds to be exact.  These total a massive 68 carats!  There are more diamonds on the backside…the sweet Apple logo has another 53 flawless diamonds.  Don’t forget the nav button on the front, a single 7.1 carat flawless diamond.
You can find these iPhone cases on the Stuart Hughes website. He also blings out cases for Blackberry and Nokias.
I think we would all love one of these in our stockings this year!

SOURCES : RIPLEYS'S FACTS

COSMIC COINCIDENCE



RUSSIAN METEOR

Around 9:30AM Moscow time a meteor streaked across the Ural Mountains, releasing several kilotons of energy.

Window shattered by the meteor's sonic boom
The meteor entered the atmosphere at about 33,000mph, causing a massive sonic boom to shatter windows along it’s path.  Over 900 people have reported sustaining injuries from the sound explosion.

GIVE IT TO ME STRAIGHT

  •  SIZE: Reports vary from the size of a kitchen table, to an SUV.
  • SPEED: Entered the atmosphere traveling at 33,000mph.
  • WEIGHT: Scientists are estimating that if the meteor is made of pure iron it could weight anywhere from 8-10 tons!

Russian meteor streaking across the sky
  • WHERE: Russia’s Chelyabinsk region, about 900 miles east of Moscow.
  • WHEN: About 9:30AM, local time.
  • ODDS: Sergei Lamzin, deputy head of the Sternberg Sternberg State Astronomical Institute in Moscow, says Earth is bombarded with more than 100 tons of dustand sand-size articles a day, most of which burns up in the atmosphere.  According to NASA, once every 100 years asteroids larger than about 50 meters reach the Earth’s surface, and every few hundred thousand years, asteroids larger than a mile across may cause global disasters.

ASTEROID DA14 AND RUSSIAN METEOR NOT LINKED

Earlier this week we wrote a blog on Asteroid 2012 DA14, which is the LARGEST recorded asteroid to pass this CLOSE to Earth.
When the Russian meteor was first reported, many speculated the two were related.  However, Alan Fitzsimmons, an astronomer at the Astrophysics Research Centre at Queen’s University Belfast, says Da14 and the Russian meteor are approaching earth from opposite directions, indicating there is no correlation.
“This is literally a cosmic coincidence, although a spectacular one.”

SOURCES : RIPLEYS BELIEVE IT OR NOT FACTS 

CIVIL WAR PHOTOBOMB : COULD IT BE EARLIEST PHOTOBOMB ON RECORD ?



Could this be the earliest photobomb on record? For those of you unfamiliar with the term, a photobomb is a normal photo that has someone in it that has shown up unexpectedly. It looks like the guy on the bottom may have been caught mid nap.

Sources : Ripleys Believe It or Not

HARI INI DALAM SEJARAH ( 13 APRIL )



PERSIDANGAN KONGRES SEMANJUNG BERKENAAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Pada  hari  ini dalam  tahun 1952,  Satu  persidangan  Kongres  Semanjung  telah  diadakan  di  Johor  Bahru.  Kongres  ini  diadakan  bagi  merundingkan perkara- perkara  berkaitan  dengan  kemerdekaan  Tanah  Melayu.  Persidangan  ini  telah  dihadiri  oleh  wakil-wakil  Persatuan  Melayu  Semanjung (PERMAS)  dari  Kuala  Lumpur  dan  Singapura.  Antara  perkara-perkara  yang  telah  dirundingkan  di dalam  persidangan  ini  ialah  mengadakan  satu perlembangaan  Semenanjung  yang  bersesuian  dan  membincangkan  permasalahan  berkaitan  bangsa,  darurat  dan  pertahanan  negara.   Kongres  ini juga  turut  membincangkan  hal berkaitan  penetapan  langkah-langkah  untuk  memerdekakan  Tanah  Melayu  serta  membentuk  satu  Barisan  Bersatu. Berikutan  daripada  kejayaan  beberapa  negeri-negeri  di bawah  naugan  British  seperti  Ceylon  dan  India  yang  telah  mendapat  kemerdekaan  selepas perang Dunia  Kedua  telah  membangkitkan  semangat  dikalangan  rakyat  untuk  membebaskan  Tanah  Melayu  daripada  cengkaman  penjajah.  Atas kesedaran  itulah  Kongres  Semanjung  ini  diadakan  sebagai  langkah  untuk  membentuk  penyatuan  bangsa  bagi  membolehkan  usaha-usaha  untuk membebaskan  tanahair  digerakkan.   Sesungguhnya,  Kongres  Semanjung  ini  memperlihatkan  kesungguhan  dan  kesetiaan  rakyat  berganding  usaha bersama  ke  arah  mencapai  kemerdekaan  negara.



SEMINAR SEJARAH PERTAMA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1973,   telah  berlangsung  Seminar  Sejarah  yang  pertama  di  Universiti Kebangsaan  Malaysia.  Seminar  yang  berlangsung selama  4  hari  telah  di  anjurkan  oleh  Y.B. Dato’  Hussein  Onn,  selaku  Menteri  Pelajaran.  Penganjuran  seminar  ini   bertujuan  untuk  mencapai perpaduan  kebangsaan  dan  mencipta  identiti  kebangsaan  melalui  bidang  sejarah.   Seminar  ini  memberikan  penekanan  kepada  penyelidikan  sejarah bagi  melahirkan  suatu  bentuk  sejarah  Malaysia  yang  unggul  tanpa  penyelewengan  fakta.   Antara   ketetapan  yang  dicapai  dalam  seminar  yang julung-julung  kalinya  diadakan  ini  ialah  menuntut  agar  pelajaran  sejarah  diwajibkan  sehingga  ke  tingkatan  lima  serta  gesaan  kepada  Kementerian Pelajaran  agar  mempercepatkan  penggubalan  sukatan  mata  pelajaran  sejarah  yang  baru.  Selain  itu  Universiti-Universiti  dan  Maktab-maktab perguruan  juga  diseru  agar  bekerjasama  dalam  aspek  pendidikan  khususnya  dalam  bidang  sejarah  bagi  melahirkan  pendidik  yang  berkeupayan melahirkan  keperibadian  dan  perpaduan  kebangsaan.  Sesungguhnya,  Seminar  Sejarah  yang  diadakan  ini  merupakan  langkah  terbaik  ke  arah melahirkan  sejarah ‘Malaysian  Centric’.


CADANGAN MELETAKKAN SRI MENANTI, ULU MUAR, JEMPOL DI BAWAH NAUNGAN BRITISH

Pada hari ini 13.4.1876 Gabenor Negeri-negeri Selat Sir F.W. Jervois telah mengemukakan satu cadangan untuk meletakkan daerah-daerah Sri Menanti, Ulu Muar dan Jempol di bawah naungan kerajaan British. Cadangan itu juga bertujuan untuk melantik seorang Penghulu (Malay Captain) yang disenangi oleh Inggeris dan disokong oleh kebanyakan Suku. British juga melantik seorang wakil mereka bagi ketiga-tiga daerah tersebut untuk menyakinkan penduduk-penduduk di situ bahawa Kerajaan British sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka. Antara masalah tersebut ialah perebutan kuasa di antara Tuanku Ahmad Tunggal (anakanda kepada Yamtuan Imam) dan Tuanku Antah (anakanda kepada Yamtuan Radin) untuk jawatan Yamtuan Besar. Ketiga-tiga daerah itu adalah di bawah kuasa Tuanku Ahmad Tunggal yang disenangi oleh Inggeris dan mendapat sokongan 10 daripada 12 suku Tubuh di Sri Menanti dan yang juga berpengaruh di daerah Jelebu dan Jale. Bagaimanapun Tuanku Ahmad Tunggal tidaklah diangkat oleh Datuk -datuk, Penghulu Luak dan Orang Empat Istana sebagai pengganti ayahandanya (Tuanku Imam) yang baru mangkat kerana tidak suka dengan kelakuannya. Kedudukan Tuanku Ahmad Tunggal sebagai Yamtuan Sri Menanti dicabar oleh sepupunya Tuanku Antah, anakanda kepada Yamtuan Radin yang diangkat oleh Orang-orang Besar dan segolongan anak-anak Raja sebagai Yamtuan pada tahun 1872. Tuanku Antah dan pasukannya yang dikatakan telah menyebabkan kekacauan di Sungai Ujung telah melarikan diri dari  British.  Tuanku Antah kemudiannya meninggalkan Sri Menanti dan ke Singapura untuk bertemu dengan Gabenor Negeri-negeri Selat.  Setelah perbincangan dibuat baginda kemudian telah kembali semula ke Sri Menanti dan memerintah di sana. Pada 23 November, 1876 telah diadakan perjanjian di antara Tuanku Antah dengan Penghulu-penghulu Luak dengan disaksikan oleh Gabenor British untuk mengakui dan mengesahkan perlantikan Tuanku Antah sebagai Yamtuan Sri Menanti sahaja, dan bukan Yamtuan Besar atau 'sultan' Negeri Sembilan seperti yang dihajatkannya dahulu. Bagaimanapun, perjanjian ini masih belum dapat meletakkan daerah Sri Menanti, Ulu Muar dan Jempol di bawah perlindungan British.  Hanya pada tahun 1889, apabila termeterinya perjanjian penubuhan Konfiderasi Negeri Sembilan barulah kawasan-kawasan ini diletak di bawah pengaruh dan Perlindungan British.


Sumber : Arkib Negara